Kertas Kerja Projek







pastedGraphic.png





KERTAS KERJA 
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT 
 2014


PROJEK PEMBINAAN LAMAN SESAWANG
ANJURAN CITRA APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT
SEMESTER 1
TAHUN 2014 / 2015


KAWASAN PERUMAHAN SEKSYEN 7, TAMAN TUN TEJA,
BANDAR BARU BANGI.

PENSYARAH PEMBIMBING: EN RAFIZI BIN SALLEH





1.0 PENGENALAN


Projek Pembinaan Laman Sesawang ini merupakan projek utama untuk mata pelajaran Apresiasi Teknologi Maklumat (LMCR2273) semester satu bagi pelajar tahun satu yang mengikuti program Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia. Melalui mata pelajaran ini pelajar dikehendaki merancang, melaksanakan dan membuat laporan berkenaan projek yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu projek kemasyarakatan bagi memenuhi syarat pembelajaran subjek citra ini.
  Projek yang telah dirancang oleh kumpulan pelajar adalah untuk melakukan satu projek yang mana skopnya berada di bawah bidang teknologi maklumat selari dengan  mata pelajaran yang diambil pada semester ini iaitu Apresiasi Teknologi Maklumat. Projek yang dirancang iaitu pembinaan laman sesawang bagi kawasan  perumahan Seksyen 7, Taman Tun  Teja, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan telah dibantu oleh pensyarah  iaitu, En. Rafizi bin Salleh selaku pembimbing yang menekankan supaya projek yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu  komuniti masyarakat di taman perumahan terbabit. Dalam konteks yang sama, penglibatan para pelajar dalam projek pembinaan laman sesawang ini dapat memupuk hubungan yang baik dan mengeratkan silaturahim antara pelajar dengan komuniti masyarakat kawasan perumahan dalam menjayakan projek ini. Bukan itu sahaja, para pelajar dapat menguasai bidang teknologi maklumat dengan baik sekaligus dapat membantu kelab rukun tetangga Taman Tun Teja dalam menggunakan laman sesawang dalam penyebaran aktiviti yang dilakukan oleh taman mereka.
  Akhir sekali, dengan penubuhan laman sesawang ini dapat membantu orang lain untuk mendapatkan maklumat terkini atau ingin menyalurkan sumbangan kepada kawasan perumahan terbabit untuk membantu melancarkan perjalanan aktiviti seperti dalam takwim Taman Tun Teja. Bukan itu sahaja, laman sesawang ini dapat menjadi penghubung antara masyarakat dan bagi golongan pelajar, mereka dapat menghasilkan idea yang kreatif dalam merekabentuk laman sesawang tersebut.





2.0 MAKLUMAT PROJEK
  • Nama Projek  : Projek Khidmat Masyarakat Citra Apresiasi          
  Teknologi Maklumat (LMCR2273).
  • Tempat Projek : Kawasan Perumahan Seksyen 7, Taman Tun Teja, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.
  • Aktiviti projek :
  1. Penghasilan laman sesawang dan blog mengenai kawasan perumahan.
  2. Aktiviti beramah mesra bersama penduduk-penduduk di Taman Tun Teja, Bandar Baru Bangi.

3.0      MATLAMAT 

Projek ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan kreativiti dalam penghasilan laman sesawang dan melibatkan diri di luar bilik kuliah. Projek ini adalah salah satu sumbangan masyarakat kepada masyarakat lain untuk membantu mereka dan memberikan pendedahan kepada dunia teknologi maklumat agar mereka tidak ketinggalan pada kepesatan pembangunan dunia teknologi maklumat yang serba canggih pada zaman yang moden ini. 

4.0 OBJEKTIF
  1. Menghasilkan sebuah laman sesawang bagi kawasan perumahan Seksyen 7, Taman Tun Teja, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.
  2. Memberi tunjuk ajar kepada komuniti masyarakat tentang pengaplikasian penggunaan laman sesawang yang akan diserahkan kepada jawatankuasa taman.
  3. Memupuk penjanaan idea dalam membentuk kesepakatan dalam menggunakan teknologi maklumat.
  4. Memberikan sumbangan dalam bentuk kreativiti dalam membina laman sesawang serta kemahiran kepada masyarakat dan negara.
  5. Mengeratkan hubungan silaturahim antara golongan pelajar dan penduduk taman perumahan.
5.0 PIHAK YANG MEMBANTU (DANA SENDIRI )

Bagi menggerakkan perjalanan projek pembinaan laman sesawang untuk kawasan perumahan Seksyen 7, Taman Tun Teja, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan, kami telah mendapat dana daripada ahli keluarga. Dalam mendapat lokasi kajian, IR. Muhd. Zaini bin Hasnan telah membantu pihak kami dalam melancarkan projek kami ini dalam mata pelajaran Apresiasi Teknologi Maklumat.

6.0 SUMBER YANG MEMBANTU AKTIVITI

Sumber yang membantu bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar adalah dengan bantuan dan kerjasama yang diberi oleh Encik Mohd. Zamri bin Md. Saad selaku Timbalan Pengerusi dalam ahli Jawatankuasa Skim Rondaan Sukarela, Encik A. Halim bin Paiman selaku Setiausaha Jawatankuasa Rukun Tetangga, dan Prof. Madya Dr. Hamedi bin Mohd. Adnan selaku Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga serta kerjasama daripada penduduk taman. 











7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

pastedGraphic_1.png









pastedGraphic_2.png


  1. JAWATANKUASA INDUK DAN PEMBAHAGIAN TUGASAN
      Sila rujuk Lampiran A & B

  1.     ANGGARAN PERBELANJAAN
                  Sila rujuk Lampiran C

  1. CARA MENDOKUMENTASI DAN MEREKODKAN PROJEK
Semua bahan-bahan yang digunakan sebelum, semasa dan selepas projek ini yang telah dilaksanakan akan dikumpulkan dan didokumentasikan dalam  bentuk video sewaktu sesi temuramah bersama Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga Seksyen 7, Taman Tun Teja dan laporan berurutan mengikut sesi perjumpaan bersama ahli kumpulan dan jawatankuasa rukun tetangga. Selain itu, maklumat-maklumat berkaitan aktiviti juga diletakkan di dalam blog kumpulan kami iaitu atmukm.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal projek ini dilaksanakan. 

  1. PENUTUP
Diharapkan projek ini dapat diterima dan diluluskan oleh ahli jawatankuasa. Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan  amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Disediakan oleh,

…………………………...................
Wakil Kumpulan ATMUKM (LMCR2273)
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Diluluskan oleh,

............................................
( EN.RAFIZI BIN SALLEH )                                           
Pensyarah,
Apresiasi Teknologi Maklumat 
Universiti Kebangsaan Malaysia.


LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Pensyarah Apresiasi Teknologi Maklumat, 
  En. Rafizi bin Salleh
Ketua Kumpulan :  Nur Amirah binti Mohd. Said
Setiausaha :  Farra binti Abdullah
Ahli Jawatankuasa 1 :  Nur Adilah Anis binti Mohd. Ishak
Ahli Jawatankuasa 2 :  Muhamad Mustaqim bin Abdul Latif
Ahli Jawatankuasa 3 :  Nur Fatihah binti Ramlee
Ahli Jawatankuasa 4 :  Nur Zulaikha binti Halim
Ahli Jawatankuasa 5 :  Nur Amirah binti Mohd. Said     

PORTFOLIO AHLI JAWATANKUASA :

Perhubungan awam : Nur Amirah binti Mohd. Said
    Muhamad Mustaqim bin Abdul Latif
Pendokumentasian :
Bahagian Kreativiti dan Pembuat
Laman Sesawang : Nur Zulaikha binti Halim
Jurukamera : Nur Fatihah binti Ramlee     
Penulis Blog : Nur Amirah binti Mohd. Said
Pengumpulan Maklumat : Farra binti Abdullah dan Nur Adilah Anis binti Ishak
dan Laporan          






LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN


pastedGraphic_3.png

No comments:

Post a Comment